Wednesday, January 1, 2014

taylor swift - duapuluhdua

assalamualaikum

AWAS. entri cecah 500 patah perkataan.

da masuk tahun 2014 dan aku masih dengan ketinggian yang sama serta jari masih belum panjang dan runcing macam mengan fox. sighhhhhhhh. oh btw tahun 2013 banyak menguji kesabaran mental dan fizikal. dats why la fizikal ai kembali ke bentuk sedia kala. berat dah bawah 50 chuolssss. ah malas cerita banyak. aiolss nak cerita pasal tahun 2013 yang penuh onak duri dan ranjau terpaksa aiolss tempuh. ayuh!

januari 2013 - permulaaan tahun yang sangat ohsem. balik dari terengganu terus jumpa girlfriendssss. first meet up jumpa gegirls sebelum percutian seterusnya jumpa dengan semuaaaaa. best! walaupun exam cam hampeh gitewww.

februari 2013 - valentine day yang masih sama seperti tahun sebelumnya. single dan masih mencari. HA HA HA. oh second meet up chuollsss dengan GBGK. percutian yang sangat ohsem penuh dengan memori indah terpahat kukuh di dalam ingatan. walaupun sekejap tapi setiap hari dipenuhi dengan aktiviti. paling padu main boling dengan mimi n anep. aku ingat benda tu sampai bila-bila. terima kasih ye engkorang. friend till jannah. euwwwwww. 

march 2013 - berat badan mencecah di tahap maksimum. lebih 50 kg. masa ni paling win. rasa macam nak wakil malaysia masuk acara bina badan. ni semua salah acik jual burger belakang umt tu. pppfffftttt.

april 2013 - balik cuti mid sem. duduk rumah makan tempe sampai lebam.

mei 2013 - pergi tengok ironman. terus jatuh hati dengan tony stark. amboi sangat. walaupun sepatutnya aku duduk bilik study untuk final tapi ahhh gasak engkolah sana. ironman lagi penting. masa ni tengah melayari saat-saat indah dalam persahabatan sebelum badai melanda. KAHKAHKAH.

jun 2013 - tengah sibuk study week. addicted dengan lana del ray. dah nak habis sem 2. sibuk fikir pasal subjek kerja lapangan untuk sem 3. bala betul. 

julai 2013 - benda paling best balik rumah. its cuti sem yawww and i'm leaving terengganu. wohoooo! balik rumah sekejap terus bekerja. berkejaya sekejap lah kan. lepas tu puasa. kerja dan puasa jawapan dia turun berat badan lah kan. i'm blessed! pergi berbuka puasa dengan GBGK diorang cakap badan da kurus sikek. amboi kembang kuncup idong. hahaha. eh tak tahu azab kerja tu kena menghadap iron hari. panas kalah sauna. lepas tu kannnnn iolsss keluar dengan H bukan huruf sebenar untuk iftar. tapi perasaan dia macam gitu jugak. kawan kan? chill lah. 

ogos 2013 - RAYA! RAYA! RAYA! saat paling ditunggu-tunggu. banyak makanan depan mata. sampai tak tahu nak pilih mana satu. kemain seghonok lah mentekedarah je. mintak ampun dengan mak abah tapi seminit lepas tu buat balik. hihihi.

september 2013 - forever 21 la iolssssss. umur tua. muka maintain 15. ada dua fasa bulan september ni. fasa pertama ialah fasa gembira dimana kena balik awal untuk pergi ke pulau. eh ekceli malas sebenarnya nak balik awal tapi terpaksa. pergi pulau lima hari engkooo. eh tapu bukan saje2 ye ni pergi sebab ada kerja lapangan subjek untuk sem 3. masa dekat pulau seronok tak ingat yela hari-hari hadap pantai kan. snorkeling pagi petang tak ingat dunia. naik bot turun bot. lali dah. paling best aiolss candat sotong dapat 2 ekor. bangga la jugak sebab ahli kumpulan aiolss yang lelaki langsung tak dapat. ada tu mabuk laut tido je. hampeh ah. HAHA. but then bila balik je pulau mula la fasa kedua dimana fasa hidup mula kucar-kacir. duduk lab 12 jam. buat analysis. makan tepi longkang. eh sedih ah hidup cenggini. tapi ada jugak la part best. sem 3 ni da mula hidup kat luar. duduk rumah sewa. 5 orang. ada mok,ayuni,syuhada dengan bunga **** ****. bunga tu buah hati pengarang jantung. malam2 sebelum tido mesti BEDTIME STORY. seronok sangat. hahahaha. mula belajar susah senang hidup luar tanpa parents. mula la nak main masak2 kat rumah. apa2 pun buat sama2. alhamdulillah dapat housemate cenggini. housemate dunia akhirat. tapi tuan rumah hampeh. hampeh sehampeh-hampehnyaaaaa! 

oktober 2013 - JERRY datang lagi. kalau aku tom mestilah ada jerrynya. hidup kan kena berpasangan. HIHI. tapi beban kerja makin bertambah. disebabkan kerja lapangan hidup makin tak terurus. pening jangan cakap. tu yang tido sampai 14 jam. pecah rekod sebab sem 3 paling banyak ponteng kelas. kira macam ponteng kelas tu watlek watpis je. hello bayangkan la. deadline report tiap minggu ada. test lagi. presentation lagi. busy dia memang kemain sangat lah. penat. 

november 2013 - bulan paling hantu sekali. first sebab nak get ready present kerja lapangan. sebab benda ni la aku tak cukup tido. eh yeke? tapi alhamdulillah presentation berjalan lancar. subjek ni penting sebab dia takde paper. just pergi buat field work then balik makmal analysis lecturer bagi tajuk then kau kena present. dia ala-ala mini fyp la. lepas habis presentation kononnya nak sihatkan badan masuk la bola tampar. johan uolsss. mampu?! lepas tu balik kejadian paling aku ingat dalam hidup. first time rumah kena masuk pencuri. paling aku sedih bb kena curi. memangla orang kata nyawa lagi berharga tapi bb tu banyak sentimental value kottt. bb tu abah bagi sempena dapat 3 pointer kot mana la tak sayang. walaupun la bb tu da uzur. dah la mak bapak masing-masing jauh sekali rumah kena pecah masuk. gigil kepala lutut jangan cakap. nak gugur jantung ni. lemah tak payah cakap. masa ni semua tak kuat. air mata tu memang dah murah sangat. belajar tak tenang langsung. ponteng lagi kelas. memang tak boleh fokus langsung. bayangkan kau balik suka ria dapat johan bole tampar balik je rumah bersepah. paling celaka bila pencuri bodoh tu mencuri sambil makan kuih raya. eh bagusnya perangai tu. kalau dapat tangkap memang aku tarik rambut dia lepas tu korek bijik mata. gerammmmmmmm!! da la benda tu berlaku malam masa birthday mak. sedih paham tak sedih!

disember 2013 - seminggu lepas kejadian peristiwa hitam berlaku dalam hidup. masa ni baru kenal mana satu kawan mana satu lawan. nasib tak kena sakit jantung. lepas satu, satu benda datang. serabut pasal esaimen dengan kes pecah masuk rumah tak habis tambah lagi yang lain. bak kata farah " makin kita rapat dengan orang tu makin kita tak kenal perangai dia yang sebenar" betul lah tu. betul sangat. sampai satu tahap aku rasa nak berhenti belajar balik rumah kerja dekat ladang sawit abah. ah sudahla. aku malas ingat. kalau ingat pun buat sakit kepala. buat apa fikir pasal benda yang tak penting ye dak? paling epik study week haritu. berhempas pulas buat report kerja lapangan. study week memang sia-sia je la. geram betei lah. 31 petang exam. pagi tu baru study. mohon dekan! 

dah tu je nak cakap sepanjang 2013. permulaan yang hebat pengakhiran biasa-biasa je. kalau compile cerita 2013 aku ni boleh buat filem. tapi mestilah takde sape yang nak tengok. yela banyak tak best daripada yang best. apa-apa pun aku bersyukur. benda-benda yang jadi tu la buatkan aku matang dan lebih pandai pikir. dan aku bersyukur aku sentiasa dikelilingi orang tersayang. alhamdulillah. 

2014? azam tu takde sangat. cuma memandangkan umur da jejak 22 aku hanya ada masa 12 bulan 365 hari je untuk mencari cinta sebelum umur 23. harap jumpa lah. janji tu penting. tak baik mungkir kan. HAHA. lagi satu nak start backpacking! pelan-pelan kayuh ye sarah. 

penat baca? pelan-pelan bangun bukak pintu peti ais togak air sejuk tu.

bye uolss!
selamat tahun baru.
ikhlas dari marcella. KAH KAH KAH.

oh!
2014 and im proud to say that imma one of DIRECTIONERSS. 
say what? *angkat kening*


pstpst : rindu damon! kbye.

Monday, December 23, 2013



kenapa mesti kau?

time-time tengah down ni lah elok je kau melintas dalam otak ni.

dan kenapa mesti kau?

tiba-tiba tangan pun gatal.......


konklusinya?

rasa macam bodoh jugakla. 

HA HA HA



pstpst : layan one direction "BERSEBAB"